| .::echopena menulis::. |
| Echopena menulis dengan kebebasan bersuara terlekat di minda... |
|
Tuesday, April 17, 2007 Virginia Tech bergegarAmerika digegarkan lagi dengan kes pelajar menembak (baca: membunuh) pelajar dan profesor di universiti/sekolah. Entah kes ke berapa tapi masih lagi tindakan susulan daripada pihak yang bertanggungjawab tidak dapat menghalang kejadian seperti ini daripada berterusan. Mengapakah Virginia masih lagi menjadi salah sebuah negeri yang paling mudah dalam mendapatkan bekalan senjata? Beberapa rakan penulis di universiti berkenaan semuanya selamat. Alhamdulillah. Salah seorang daripada mereka telah ditemubual akhbar Malaysia. Namun alangkah sedihnya, berita yang keluar di akhbar tidak sama dengan apa yang diceritakan. Adakah ini 'trend' penulis akhbar kita? Mungkin terlalu banyak menulis cerita palsu berkenaan gossip artis hinggakan menulis tentang kejadian sedih sebeginipun mahu diputar belit sekali. Bagi saya, ini satu kelakuan yang menyedihkan dan memalukan dalam komuniti Malaysia yang terpelajar. Kata rakan wartawan, penulis tersebut mungkin tidak berapa fasih dalam bahasa Inggeris (mengapa diberikan tugas melapor kepada yang tidak fasih? Kejadian ini di negara orang bercakap Inggeris). Ataupun yang melapor itu dalam keadaan panik dan tersalah cakap (tapi terlalu banyak bezanya!) Apapun, dalam dunia kewartawanan, kejujuran perlu ada..
0. "Hujan peluru" was nowhere near me 1. Nobody was screaming, we were all well behaved. 2. There are only 5 of us Malaysians here 3. I was in my lab doing research when this happened, not on the way to lectures. 4. I heard dull "pops", not loud "bangs" 5. I never called the cops, there was no need to. They were all over the place. 6. I was in no position to hear screams for help from Norris Hall, the doors were shut and almost airtight. 7. Police did not knock on my door. I got emails from the university to leave and go home. 8. All I said was I wanted to get some "sleep", when did that translate to "vacation"? 9. I was never a target. Lots of exaggeration! Just to sensationalize and dramatize the story... Labels: usa |
Recent
::Guru pakar tidak mahu mengajar di kampung:: ::Sewa letak kereta HKL:: ::Senyum:: ::Update akhirnya:: ::Di Hati...:: ::Tidak dapat saya menjelaskannya:: ::Selamat tahun baru 2007:: ::Kajian kesan poligami di Malaysia:: ::Saddam execution:: ::Keras umpama batu:: Monthly
Kapasitor.net
putri_alya upenyu zInggOf syud shazmiey1 shazmiey2 uculer |
7 Comments:
assalamualaikum echopena..
biasala org media.. nk bg sedap mskn kena la letak ajinomoto skit, hias2 bwg, lada merah, lada hijau.. wlaupn benda2 tuh kdg2 kiter tak mkn pn.. haa mung tuh bilo nok kelik mesia nih? kang tak sempat kawe nk jumpe pulok.. ko mung yg tak sempat jumpe kawe? wallahualam
-org melaka-
utusanmeloya
beritahairan
laa..Utusan pun main spin cerita kah?
dekat USA pun org dah pening dengan macam macam versi cerita.
nasib baik university park
gelabah media mesia...in fact sume media camtu...suke tokok tambah...no wonder org biase makin jahil...dok taqlid membabi buta ngan news dr media...diorg(reporters) nie patut lebih telus laa...dosa woo kalu menipu
Menurutnya, disebabkan sikap dan nilai tersebut, Abdullah selaku ketua pengakap menjadi pemimpin yang dihormati dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.
“Saya masih ingat suatu ketika kami mengadakan program perkhemahan di Teluk Bahang, beliau selaku ketua cukup bijak membahagikan tugas dengan pantas kepada ahli kumpulan dan hasilnya semua berjalan dengan lancar,” jelasnya.
so silly dan menghampakan...a bit funny though
Post a Comment
<< HOME